awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara

Bernama
Bernama
03/02/2026
07:00 MYT
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Pameran anjuran Arkib Negara itu menyorot peranan besar Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang meletakkan asas pembentukan negara berteraskan persefahaman, toleransi, keadilan dan muafakat antara kaum.
KUALA LUMPUR: Pameran "Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa" kini dibuka kepada orang ramai bermula 1 Feb hingga 29 Mac ini di Muzium Negara, sebagai usaha memperkukuh kefahaman rakyat terhadap sejarah pembinaan negara dan asas perpaduan nasional.
Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan pameran anjuran Arkib Negara itu menyorot peranan besar Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang meletakkan asas pembentukan negara berteraskan persefahaman, toleransi, keadilan dan muafakat antara kaum.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata pemahaman terhadap sejarah dan legasi negarawan terdahulu amat penting dalam membentuk peradaban serta memperkukuh pembinaan negara pada masa hadapan.
"Generasi muda khususnya perlu mengenali dan menghayati nilai kepimpinan, kebijaksanaan serta semangat perpaduan yang diwariskan oleh Tunku Abdul Rahman agar negara terus dibina atas asas keharmonian," katanya dalam kenyataan sama.
Menurut kenyataan itu, kepimpinan Tunku Abdul Rahman bukan sahaja membawa negara mencapai kemerdekaan, malah membentuk kerangka pentadbiran dan pembangunan rakyat dalam masyarakat majmuk yang harmoni.
Pameran itu dibuka mulai 9 pagi hingga 5 petang, menampilkan pelbagai bahan arkib dan dokumentasi sejarah yang berfungsi sebagai medium pendidikan awam bagi menyemai semangat patriotisme.
Orang ramai khususnya golongan belia dan pelajar, dijemput hadir bagi menghayati sejarah serta mengambil iktibar daripada legasi pembinaan negara bangsa yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Negarawan Ulung
#kemerdekaan negara
#wira negara
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan