awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat bersepadu santuni jemaah di Masjid Nabawi
Tiada keputusan unilateral berhubung Selat Melaka – Mohamad Hasan
Pandikar Amin sahkan USNO keluar GRS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandikar Amin sahkan USNO keluar GRS

Bernama
Bernama
22/04/2026
15:44 MYT
Pandikar Amin sahkan USNO keluar GRS
Pandikar Amin turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi GRS dan keputusan tersebut dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, pada Selasa. - Gambar fail
Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) hari ini secara rasmi mengumumkan keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan perkara itu kepada Bernama dengan hanya memberikan jawapan ringkas “benar” tanpa sebarang ulasan lanjut.
Terdahulu, beliau ditanya tentang kesahihan kenyataan bertajuk Salam Terakhir: USNO Ucap Selamat Tinggal GRS yang dimuat naik di laman Facebook Warta USNO, yang mendakwa parti berkenaan telah membuat keputusan itu.
Menurut kenyataan itu, Pandikar Amin turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi GRS dan keputusan tersebut dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, pada Selasa.
"Keputusan Presiden USNO itu juga disahut secara sebulat suara pada 22 April dalam Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi USNO untuk keluar daripada gabungan GRS.
"Antara justifikasi awal tentang keputusan USNO ini ialah disebabkan sudah tidak wujudnya keserasian dalam aspek pentadbiran dan dasar kerajaan khususnya selepas Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah ke-17," katanya.
Berikutan keputusan itu, USNO menegaskan pendirian untuk kekal sebagai sebuah parti politik yang berteraskan perjuangan pribumi tempatan Sabah serta komited dalam peranan semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan.
Parti itu juga berikrar untuk terus memperjuangkan aspirasi rakyat yang terpinggir selain merakamkan ucapan terima kasih kepada Hajiji dan semua rakan komponen GRS atas kebersamaan yang terjalin sebelum ini.
Dengan perkembangan itu, GRS kini dianggotai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#poltik USNO
#GRS
#Pandikar Amin Mulia
#Politik Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan