awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat bersepadu santuni jemaah di Masjid Nabawi
Tiada keputusan unilateral berhubung Selat Melaka – Mohamad Hasan
Pandikar Amin sahkan USNO keluar GRS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keputusan unilateral berhubung Selat Melaka – Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
22/04/2026
16:49 MYT
Tiada keputusan unilateral berhubung Selat Melaka – Mohamad Hasan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Better Nation Forum Siri 10: 'Kesan Konflik US-Iran ke atas Malaysia' di Auditoriam Mennara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC-KL). - Foto BERNAMA

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Rabu berkata tiada keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air yang penting itu.

Bercakap sebagai ahli panel jemputan tambahan di Forum Better Nation (BN) ke-10 mengenai Kesan Konflik AS-Iran terhadap Malaysia, beliau berkata Malaysia, bersama Singapura, Indonesia dan Thailand berkongsi “persefahaman yang sangat kukuh” serta menjalankan rondaan bersama bagi memastikan laluan selamat di selat tersebut, yang merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

“Apa sahaja yang ingin dilakukan di Selat Melaka mesti melibatkan kebersamaan keempat-empat negara tersebut. Itu adalah persefahaman kita - tidak boleh dibuat secara bersendirian.

“Ini kerana ketika kita memeterai perjanjian bersama untuk rondaan dan keselamatan Selat Melaka, itulah asasnya - tiada keputusan unilateral.
“ASEAN semuanya berasaskan konsensus. Malah di peringkat jawatankuasa kecil sekalipun, semuanya berdasarkan konsensus,” tegas beliau.

Kenyataan beliau dibuat di tengah-tengah ketidaktentuan yang berpanjangan dalam perkembangan geopolitik di Asia Barat dan kesannya yang boleh meningkatkan risiko laluan sempit maritim strategik lain termasuk di Selat Melaka.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia akan terus memperkasakan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) serta mengutamakan kepusatan ASEAN dalam mengemudi landskap global yang semakin kompleks.

Malaysia mesti mengamalkan "berkecuali secara aktif" dan mengelak daripada terperangkap dalam permainan politik global, katanya.

"Kita adalah sebuah negara perdagangan, ekonomi kita adalah ekonomi terbuka, dan kita berdagang dengan semua orang. Kita tidak boleh dilihat cenderung kepada sesiapa sahaja. Jika gagal, ekonomi kita akan terganggu," katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Selat Melaka
#keputusan unilateral
#Mohamad Hasan
#Perang Iran-AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan