awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papagomo ditangkap lagi di luar mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2024
06:50 MYT
Papagomo ditangkap lagi di luar mahkamah
Papagomo telah ditahan di luar mahkamah oleh dua pegawai polis dari Bukit Aman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Blogger kontroversi, Papagomo telah ditangkap oleh pihak polis selepas selesai prosiding perbicaraan hari kedua bagi kes menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, anak guamnya telah ditahan di luar mahkamah oleh dua pegawai polis dari Bukit Aman.
“Mereka dalam perjalanan ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi dan saya diberitahu ia merupakan arahan daripada pihak atasan.
“Terdapat laporan polis dibuat terhadapnya, mengikut Akta Hasutan 1948,” kata peguam itu menerusi kenyataan media.
Beliau berkata, kemungkinan besar anak guamnya ini akan direman di IPD itu pada pagi Sabtu.
Pada Khamis dan Jumaat, bekas Exco Pemuda UMNO itu hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes yang dihadapinya.
Pada 8 Januari lepas Wan Muhammad Azri, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan, pro kepada Israel dan Barat di laman Facebook.
Dia didakwa menghasut di laman Facebook ‘Halid Hamidi (Halid Mat Kool)’ dan kata-kata itu dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada jam 1 tengah hari, 8 November tahun lepas. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Papagomo
#kes mahkamah
#polis tahan papagomo
#pro israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan