awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air sungai: Empat sungai di Pahang dan satu di Selangor melepasi paras bahaya

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2021
23:15 MYT
Paras air sungai: Empat sungai di Pahang dan satu di Selangor melepasi paras bahaya
Terdapat tiga sungai di Pahang menunjukkan bacaan amaran iaitu Sungai Jengka di Kampung Jengka Batu 13, Maran, Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu), Temerloh dan Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak empat sungai utama di Pahang dan satu di Selangor masih merekodkan paras air bahaya setakat jam 6 pagi, hari ini.
Justeru itu, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk bersiap sedia dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Berdasarkan kemas kini terkini portal Info Banjir, Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera, merekodkan bacaan 27.08 meter melepasi paras bahaya 26 meter.
Sungai Pahang di Water Front di Bera juga merekodkan bacaan 30.25 meter melebihi paras bahaya 29.5 meter.
Seterusnya Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran merekodkan bacaan 24.01 meter melepasi paras bahaya iaitu 23 meter.
Manakala Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula merekodkan 20.01 meter melepasi paras bahaya 19 meter.
Dalam pada itu, terdapat tiga sungai di Pahang menunjukkan bacaan amaran iaitu Sungai Jengka di Kampung Jengka Batu 13, Maran, Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu), Temerloh dan Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan.
Sementara itu, di Selangor, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat merekodkan 4.21 meter melepasi paras bahaya 4.2 meter.
Topic Berkaitan
#paras air sungai
#bahaya
#Pahang
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan