awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Kajian skim pencen penjawat awam lebih selesa pasca perkhidmatan dijalankan - Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/09/2021
03:45 MYT
Parlimen: Kajian skim pencen penjawat awam lebih selesa pasca perkhidmatan dijalankan - Menteri
Dewan Rakyat dimaklumkan satu kajian berhubung skim pencen bagi penjawat awam dijalankan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), baru-baru ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan satu kajian berhubung skim pencen bagi penjawat awam dalam memastikan kehidupan pasca perkhidmatan mereka pada tahap yang selesa telah dijalankan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), baru-baru ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kajian yang melibatkan pesara penjawat awam yang berada di bawah garis kemiskinan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.
"Segelintir pesara penjawat awam yang yang pendapatan kurang daripada garis kemiskinan iaitu RM2,208 masih terpaksa berkerja kerana memenuhi keperluan kehidupan.
“Itu adalah satu perkara yang sedang difikirkan JPA telah buat satu kajian dan akan dibentangkan kepada perdana menteri sebelum dibuat memorandum Jemaah Menteri untuk melihat kembali supaya apabila mereka pencen, mereka agak selesa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) berhubung perancangan kerajaan bagi membantu golongan pesara yang berada di bawah paras garis kemiskinan di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Abdul Latiff menjelaskan bayaran pencen penjawat awam sememangnya meningkat sebanyak dua peratus setiap tahun meskipun sebelum pandemik sejak 2013.
Bagaimanapun beliau memaklumkan kerajaan perlu membuat kajian mendalam sekiranya mahu kadar itu dipertingkatkan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#penjawat awam
#Parlimen
#pencen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan