awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas kekal sokong RUU Antilompat Parti - Mohd Amar

Bernama
Bernama
12/05/2022
09:16 MYT
Pas kekal sokong RUU Antilompat Parti - Mohd Amar
Pas kekal dengan pendirian menyokong Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
KOTA BHARU: Pas kekal dengan pendirian menyokong Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata, sebelum ini juga, Kelantan di bawah pentadbiran Pas telah meluluskan enakmen antilompat parti di negeri itu, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Agung.
"Secara dasarnya kita bersetuju dengan RUU ini cuma dari segi teknikal sahaja ia sedang diperhalusi oleh Kabinet. Jadi sekarang kita serah kepada Kabinet untuk membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan bermula 11 pagi hingga 2 petang itu dihadiri lebih 30,000 pengunjung. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU Antilompat Parti
#lompat parti
#PAS
#Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan