awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru

Bernama
Bernama
29/03/2024
09:49 MYT
Pasangan suami isteri, dua lelaki  didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
Gan Zhang Gui, 37, Cham Li Na, 34, Mohd Ismail Aiman Muhamad Radhuan, 26, dan Lim Chin Hock, 37, bersama-sama Tony yang masih dalam tahanan pihak berkuasa Peru, didakwa memperdagang dua wanita berusia 19 dan 25 tahun di sebuah rumah di La Laguna, La Planicie, La Molina, Peru pada 7 Okt 2023.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Hakim Azura Alwi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anas Bashari memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan tidak menawarkan jaminan namun jika mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan jumlah yang tinggi dikenakan terhadap mereka.
Peguam Hafizatul Shahirah Jamari, yang mewakili Lim dan Gan, memohon jumlah rendah atas alasan mereka menanggung keluarga manakala peguam Ikram Ibrahim, yang mewakili Cham dan Mohd Ismail Aiman, pula memohon jaminan RM5,000.
Difahamkan kesemua tertuduh telah ditahan oleh polis Peru dan dihantar pulang ke Malaysia untuk siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan suami isteri
#perdagang wanita Malaysia
#Peru
#Gan Zhang Gui
#Cham Li Na
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan