awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar Chow Kit sesak, pembeli serbu buat persiapan akhir Ramadan

Faida Rahim
Faida Rahim
18/02/2026
09:24 MYT
Pasar Chow Kit sesak, pembeli serbu buat persiapan akhir Ramadan
Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir semua lorong di pasar basah itu sesak, khususnya di kawasan jualan ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit . - Foto/ Astro AWANI
Suasana di Pasar Chow Kit hari ini meriah dengan kehadiran orang ramai yang membuat persiapan akhir menjelang ketibaan Ramadan, dengan kebanyakan peniaga melaporkan peningkatan pelanggan sejak awal pagi.
Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir semua lorong di pasar basah itu sesak, khususnya di kawasan jualan ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit yang menjadi tumpuan utama pembeli bagi persiapan sahur dan berbuka pada hari pertama puasa.
Bagi peniaga ayam yang mahu dikenali sebagai Man Ayam, jualan hari ini menunjukkan perkembangan positif berbanding tahun sebelumnya.
“Saya mula berniaga dari pukul 7 lebih tadi. Berbanding tahun lepas, Alhamdulillah hari ini jualan okay, semalam pun okay,” katanya.
Seorang lagi peniaga ayam, Nazren Ramli, pula menyifatkan keadaan sejak tiga hari lalu sebagai “tak cukup tangan” ekoran lonjakan pelanggan.
“Untuk sambutan hari ini, orang ramai dari pagi, kami sampai tak cukup tangan. Tadi ada satu makcik beli sampai sembilan kilogram ayam. Tiga hari ini memang kami sibuk, orang memang ramai sangat dekat Chow Kit ini,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Anuwar Sazali, berkata jumlah pengunjung meningkat sejak hujung minggu lalu dan memuncak menjelang tarikh permulaan puasa.
“Sejak Ahad dah ramai orang. Tambahan Khamis esok nak puasa, jadi Selasa dan Rabu pun dah sesak. Ayam dan daging memang laku sebab ikan tak banyak stok, Tahun Baharu Cina kan. Jadi orang lebih cari ayam dan daging,” katanya.
Di bahagian sayur-sayuran, peniaga Rizki Hardiansa turut memberitahu berlaku peningkatan permintaan terhadap bahan asas masakan.
“Hari ini memang ramai sangat orang. Saya mula berniaga jam 4 pagi. Ramai cari serai, lengkuas, kunyit, halia dan rempah ratus,” katanya ringkas.
Secara keseluruhan, peniaga menjangkakan kehadiran pelanggan akan terus meningkat sehingga malam, sejajar dengan persiapan masyarakat Islam menjelang 1 Ramadan.
Selain peniaga, para pembeli turut berkongsi pengalaman mereka membuat persiapan akhir hari ini.
Pembeli, Rashdan Razak, berkata kawasan itu menjadi pilihan kerana variasi barangan dan harga yang kompetitif.
“Saya beli barang-barang common macam serai, kunyit semua. Sebab saya duduk sini, sini banyak option. Kena pandai cari dan explore. Bila dah tahu tempat yang murah, senang nak beli,” katanya.
Seorang lagi pengunjung Hanzalah Hani berkata Chow Kit merupakan lokasi wajib setiap kali membuat persiapan Ramadan.
“Memang selalu datang sini. Hari ini saya beli barang dapur untuk masak sahur dan buka. Kenapa pilih Chow Kit? Harga murah dan banyak pilihan,” katanya.
Sementara itu, bagi Samsudin Ismail, faktor harga menjadi alasan utama beliau memilih pasar itu.
“Saya beli petai untuk masak. Walaupun saya ada gaji, saya tetap masak. Di sini murah, Chow Kit paling murah, buah murah, semua pun murah," katanya.
Tinjauan turut mendapati sebahagian pembeli membeli dalam kuantiti lebih besar berbanding hari biasa bagi memastikan stok mencukupi dan mengelakkan kesesakan pada minggu pertama Ramadan.
Topic Berkaitan
#Ramadan 2026
#persiapan ramadan
#Pasar Chow Kit
#permintaan barangan asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan