awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan penyiasat bebas ditubuh siasat runtuhan di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Bernama
Bernama
07/06/2013
11:11 MYT
Pasukan penyiasat bebas ditubuh siasat runtuhan di Jambatan Kedua Pulau Pinang
Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata punca sebenar insiden runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang perlu segera dikenalpasti bagi mengelak berulangnya kejadian seumpamanya.
Beliau berkata sebuah pasukan penyiasat bebas terdiri kumpulan pakar akan diwujudkan untuk mengenal pasti sama ada runtuhan itu disebabkan ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), kompetensi pekerja atau masalah lain.
"Kita kena kaji keseluruhan insiden untuk dijadikan rujukan jangka panjang. Kalau libatkan kelemahan daripada segi SOP maka kita kena cari jalan untuk tambah baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Fadilah berkata walaupun aspek keselamatan di tapak pembinaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Kementerian Sumber Manusia, namun pihaknya masih perlu menjalankan siasatan memandangkan semua lebuh raya di negara ini dipantau oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah kementeriannya.
Ditanya mengenai kesan insiden tersebut kepada keseluruhan projek jambatan yang dijangka dibuka September depan, Fadilah berkata ia bergantung kepada hasil siasatan pasukan penyiasat yang ditubuhkan dan tindakan DOSH sendiri. Tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu runtuh pada kira-kira 6.40 petang Khamis.
Topic Berkaitan
#datuk fadilah yusof
#Jambatan Kedua Pulau Pinang
#Menteri Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan