awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gesa rundingan selesai krisis Lahad Datu

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2013
03:35 MYT
PBB gesa rundingan selesai krisis Lahad Datu
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua pihak yang terlibat dalam krisis pencerobohan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah supaya menghentikan ketegangan dan kembali ke meja rundingan untuk mencapai penyelesaian yang aman.
"Setiausaha Agung memantau perkembangan di Sabah, Malaysia dengan dekat," kata jurucakap kepada Ki-moon dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di New York.
Dalam kenyataan dua perenggan itu, Ki-moon turut menyeru semua pihak supaya membantu usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan dan bertindak mengikut norma dan piawaian hak asasi manusia.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap orang awam yang tersepit dalam krisis berkenaan.
Ini adalah kenyataan pertama PBB berhubung perkembangan di Sabah sejak kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang dilabel sebagai pengganas menceroboh wilayah negara ini bagi menuntut hak pemilikan ke atas Sabah.
Malaysia dan Filipina sebelum ini menggesa kumpulan itu supaya menyerah diri atau berdepan tindakan pihak berkuasa, namun gesaan itu tidak mereka endahkan.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Ops Daulat
#PBB
#pencerobohan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan