awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBT Kelantan tebang 121 pokok berisiko ancam keselamatan - Exco

Bernama
Bernama
23/11/2023
03:20 MYT
PBT Kelantan tebang 121 pokok berisiko ancam keselamatan - Exco
Apabila ada pohon-pohon yang reput dan membahayakan keselamatan serta nyawa penduduk, PBT akan memangkas dahan-dahan yang reput atau berlebihan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Sebanyak 121 pokok dan pohon telah ditebang sejak Januari hingga semalam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di semua kawasan jajahan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Hilmi Abdullah.
"Di bawah PBT, memang kita ada operasi tebang pokok mati yang berbahaya secara berjadual terutamanya pada musim tengkujuh. Pokok-pokok ini kami tidak tebang sesuka hati juga sebab mahu kekalkan kehijauan di kawasan berkenaan.
"Malah, apabila ada pohon-pohon yang reput dan membahayakan keselamatan serta nyawa penduduk, kami akan memangkas dahan-dahan yang reput atau berlebihan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Hilmi berkata untuk rekod setakat ini Majlis Perbandaran Kota Bharu telah menebang sebanyak 20 pokok mati, Majlis Daerah Tumpat (10 pokok mati), Majlis Daerah Kuala Krai (25 pohon) dan Majlis Daerah Gua Musang (15 pohon).
Monsun Timur Laut berlaku bermula November hingga Mac tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tebang pokok
#keselamatan
#pokok mati
#PBT Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan