awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDA 1974: Pasukan perundangan Sarawak tidak gentar berdepan 21 Jun - Sharifah Hasidah

Rohana Wahed
Rohana Wahed
17/06/2018
08:30 MYT
PDA 1974: Pasukan perundangan Sarawak tidak gentar berdepan 21 Jun - Sharifah Hasidah
Sharifah Hasidah (kanan) berkata pasukan perundangan Negeri tidak gentar berdepan 21 Jun ini. - Foto Astro AWANI
Kumpulan perundangan Kerajaan Negeri Sarawak tidak gentar dengan penundaan tarikh semakan semula status Petronas berhubung Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia, yang bakal didengar di Mahkamah pada 21 Jun ini.
Semakan oleh Petronas dijadualkan pada 12 Jun lalu di Istana Keadilan Putrajaya, namun tarikh itu ditunda ke tarikh baharu (21 Jun) atas permohonan Pejabat Peguam Negara bagi mengkaji secara terperinci mengenai keterlibatan Kerajaan Persekutuan.
Menteri Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kumpulan itu sentiasa bersiap siaga untuk berdepan tarikh 21 Jun ini.
“Peguam Besar Negeri bersama pasukan telah lama bersedia. Kita realistik dengan keadaan ini malah tarikh baharu bukan satu isu membebankan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Samariang itu, kumpulan Peguam Negeri membuat kajian teliti untuk sebarang kemungkinan.
"Malah kami yakin dengan kredibiliti pasukan sedia ada," katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di sini hari ini.
Katanya, dengan pengukuhan fakta pasukan guaman, beliau berharap Mahkamah Persekutuan akan menolak permohonan semakan Petronas.
“Kita berserah kepada untuk melihat dan menilai kajian perundangan yang kita lakukan,”katanya.
Petronas sebelum ini membuat permohonan usul di Mahkamah Persekutuan berhubung kedudukan eksklusifnya dalam pengisytiharan mengenai PDA, susulan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak mengguna pakai Ordinan Perlombongan Minyak 1958 serta mengguna pakai Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak kepada negeri itu dari aspek perlombongan minyak.
Petronas turut memberi jaminan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri terlibat aktif dalam industri minyak dan gas, biar apa pun jua keputusan mahkamah.
Semakan berkenaan bagaimanapun, diyakini tidak akan menggugat kerjasama kedua-dua pihak, yang bukan sahaja melaksanakan projek MLNG atau gas cecair asli, malah menjayakan Projek Loji Methanol di Bintulu secara bersama.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#minyak
#Peguam Negara
#petroleum
#Petronas
#Putrajaya
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan