awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM cadang semula sistem E-Plat untuk bendung kecurian kereta

Bernama
Bernama
02/07/2013
00:00 MYT
PDRM cadang semula sistem E-Plat untuk bendung kecurian kereta
Bagi membendung kejadian curi kenderaan yang semakin berleluasa, pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat akan dicadang semula kepada pihak berwajib dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelaksanaan kaedah itu mampu mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran pada semua jenis kenderaan.
"Dengan adanya e-plat ini, kita dapat mengesan penjenayah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dapat mengelak kenderaan daripada dicuri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput hari ini.
Beliau berkata kaedah itu dicadang semula memandangkan banyak negara luar menggunakannya dan terbukti mampu mencegah serta mengesan kejadian jenayah, termasuk curi kenderaan.
Sistem e-plat, yang menggunakan teknologi mikrocip atau Radio Frequency Identification (RFID), diguna pakai di beberapa negara maju seperti Perancis dan Australia.
Terdahulu, Khalid menghadiri majlis perasmian Kompleks IPD Sungai Siput yang disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Beliau berkata IPD itu dirancang pembinaannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 selaras hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Katanya, IPD Sungai Siput mempunyai 17 pegawai kanan, 230 anggota pangkat lain dan 38 pegawai awam manakala bahagian pentadbiran meliputi Balai Polis Sungai Siput, Lintang, Simpang Jalong, Karai dan Salak Baharu.
Kompleks itu, yang berharga RM100.9 juta merangkumi sebuah bangunan pejabat pentadbiran, kompleks perumahan dan cawangan pengangkutan, dibina di kawasan seluas 0.696 hektar dan mula diduduki pada 28 Jun 2012.
Topic Berkaitan
#E-Plat
#kecurian kereta
#Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan