awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM diminta tingkatkan risikan bendung jenayah guna senjata api - Musa Hassan

Bernama
Bernama
18/08/2013
11:30 MYT
PDRM diminta tingkatkan risikan bendung jenayah guna senjata api - Musa Hassan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan tindakan risikan untuk mengekang kes jenayah jalanan terutama membabitkan senjata api yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Katanya semua jabatan dan peringkat dalam PDRM perlu mengukuhkan tenaga untuk meningkatkan risikan terutama di kawasan yang disyaki menjalankan kegiatan haram selain tegas dalam sebarang tindakan.
Beliau berkata keselamatan negara ketika ini agak mencabar kerana hampir setiap hari terdapat kes pembunuhan menggunakan senjata api dilaporkan dan jika tidak diatasi, boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.
"Orang awam sekarang berasa tak selamat sebab hari-hari dengar berita orang kena tembak..kena bunuh, jadi ini akan jadi satu dilema kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan dekat sini hari ini.
Musa berkata jenayah jalanan meningkat kebelakangan ini perlu dibendung segera bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap kemampuan pihak berkuasa menjaga keamanan negara.
Topic Berkaitan
#Musa Hassan
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan