awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM gerak anggota bantu penugasan di negeri terlibat PRN

Bernama
Bernama
10/08/2023
09:15 MYT
PDRM gerak anggota bantu penugasan di negeri terlibat PRN
PDRM menggerakkan pegawai dan anggotanya bagi penugasan dan membantu kelancaran proses PRN di enam negeri, Sabtu ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggerakkan pegawai dan anggotanya daripada beberapa kontinjen bagi penugasan dan membantu kelancaran proses pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Sabtu ini.
Di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob berkata seramai tiga pegawai kanan polis dan 684 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur digerakkan bagi membantu penugasan di Terengganu iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, IPD Setiu, IPD Kuala Terengganu, dan IPD Hulu Terengganu.
"Kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi, tanamkan niat serta tekad yang tinggi untuk melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti, ikhlas dan sabar," katanya dalam ucapan sempena Flag Off Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Kuala Lumpur ke Terengganu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Di MELAKA, Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Md Nazri Zawawi berkata seramai 478 pegawai kanan dan anggota polis dari IPK Melaka digerakkan ke Negeri Sembilan menggunakan 31 kenderaan membabitkan 14 buah lori, van (11 buah) dan bas (enam buah).
Beliau berkata selain itu, sebanyak 24 motosikal dan empat motosikal berkuasa besar turut digerakkan ke Negeri Sembilan bagi melancarkan bantuan penugasan PRN.
"Bantuan sumber manusia daripada Kontinjen Melaka ini akan ditempatkan di Negeri Sembilan bermula hari ini sehingga pascaPRN atau mengikut keperluan kontinjen berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelepasan Bantuan Sumber Manusia PRN ke-15 di IPK Melaka di sini hari ini.
Sementara itu, di PAHANG, seramai 881 pegawai dan anggota polis yang digerakkan bagi membantu polis Terengganu pada pilihan raya negeri itu, bertolak dari Kompleks Logistik PDRM Alor Akar di Kuantan.
Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman berkata mereka akan ditempatkan di Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman, selama lima hari bermula hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian bagi PRN di Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari hingga 11.59 malam pada 11 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#PDRM
#bantuan
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan