awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM teliti setiap aspek dakwaan komplot sabotaj negara - KPN

Bernama
Bernama
28/02/2026
05:14 MYT
PDRM teliti setiap aspek dakwaan komplot sabotaj negara - KPN
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan berkenaan memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap semua aspek berkaitan dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan berhubung isu tersebut memerlukan masa yang mencukupi dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan keadilan serta ketelusan proses undang-undang.
Beliau menegaskan sebarang tindakan hanya akan diambil selepas setiap perincian diteliti secara mendalam dan profesional.
“Perkara ini masih dalam tindakan pihak polis dan diharap semua pihak dapat bersabar. Sudah pasti siasatan akan dijalankan secara profesional berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh.
“Sekiranya ada perkembangan (terbaharu), kita akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan gerakan yang melibatkan kerjasama antara seorang tokoh tempatan berpengaruh dengan sebuah agensi media antarabangsa pada Khamis.
Siasatan kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#SPRM
#sabotaj negara
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan