awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan, Aida Abdul Hamid dilantik Pengarah JIPS

Bernama
Bernama
05/03/2026
15:21 MYT
PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan, Aida Abdul Hamid dilantik Pengarah JIPS
Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu melibatkan Datuk Aida Abdul Hamid, DCP Redzuan Abd Hamid dan Datuk Suryani Sungit. - Gambar Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanan melibatkan jawatan pengarah dan timbalan pengarah di Bukit Aman.
Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu melibatkan Datuk Aida Abdul Hamid, DCP Redzuan Abd Hamid dan Datuk Suryani Sungit.
“Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aida Abdul Hamid dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).
“Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman DCP Redzuan Abd Hamid pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Abdul Rahman berkata Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman Datuk Suryani Sungit pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#pegawai kanan
#JIPS
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan