awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap takziah atas pemergian Karam Singh Walia
Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir All England 2026

Bernama
Bernama
07/03/2026
17:36 MYT
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir All England 2026
Ia merupakan kekalahan keempat Pearly-Thinaah dalam tujuh pertembungan menentang Ha Na-So Hee sejak 2022. - Foto fail/BERNAMA
Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah kecundang kepada pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2026 pada Sabtu.
Pasangan nombor dua dunia itu tewas 17-21, 18-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam di Arena Utilita Birmingham.
Pearly-Thinaah memulakan set pertama dengan baik apabila mendahului 2-0, namun Ha Na-So Hee yang berada di ranking keempat dunia bangkit memintas kedudukan untuk mendahului dengan kelebihan 11-9 selepas kira-kira 13 minit permainan.
Pearly-Thinaah bekerja keras untuk merapatkan kedudukan, namun Ha Na-So Hee berhasil menutup set pertama 21-17.
Pada set kedua, Pearly-Thinaah bermula lebih agresif dengan mendahului 10-7 sebelum wakil Korea Selatan itu bangkit melengkapkan kemenangan 21-18 untuk mara ke final.
Ia merupakan kekalahan keempat Pearly-Thinaah dalam tujuh pertembungan menentang Ha Na-So Hee sejak 2022.
Malaysia mempunyai satu lagi wakil di separuh akhir menerusi beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang bertemu pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#all england
#Pearly Tan
#M. Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan