awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai PPDNKK hampir dilanggar penyeludup petrol

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2014
08:10 MYT
Pegawai PPDNKK hampir dilanggar penyeludup petrol
Gambar Hiasan
Sepasukan pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan hampir cedera selepas seorang penyeludup bertindak ganas melanggar kenderaan yang dinaiki mereka ketika serbuan di sebuah stesen petrol di Kampung Jerus, di sini, malam tadi. Pengarah Penguatkuasanya Ab Ghani Harun berkata dalam serbuan pukul 9 malam itu, penyeludup terbabit yang menaiki sebuah kereta cuba meloloskan diri dengan bertindak merempuh kenderaan selepas pegawai penguatkuasa cuba menahan kenderaan tersebut yang disyaki membuat pembelian petrol jenis RON95 dengan jumlah yang banyak. Ab Ghani berkata ketika intipan yang bermula pada pukul 4 petang semalam itu pihaknya berjaya mengesan dua buah kereta yang dipercayai sering menyeludup minyak ke negara jiran melalui pengkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjng, Pasir Mas dan Tumpat. Katanya ketika serbuan dilakukan, salah seorang penyeludup berkenaan yang sedang mengisi petrol ke dalam beberapa tong di dalam kenderaannya, bertindak merempuh kenderaan dalam cubaan meloloskan diri. Katanya pihaknya cuba menahan suspek berusia 20an itu, namun dia sempat melarikan diri. Ab Ghani berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dialami oleh pegawai penguatkuasa ketika menjalankan serbuan itu, selain turut merampas sebuah kereta yang digunakan oleh penyeludup terbabit. Dalam operasi ini, didapati ada dua kereta yang mengisi petrol secara serentak di sebuah pam. Namun pihaknya hanya menyasarkan satu daripada dua buah kenderaan kerana kekurangan pegawai ketika serbuan tersebut. Ab Ghani berkata hasil pemantauan mendapati operator stesen minyak ini menjual petrol RON95 selepas mendapat bayaran sebanyak RM1,000 daripada penyeludup terbabit. Beliau berkata PPDNKK Kelantan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik stesen minyak ini kerana ia merupakan kesalahan kedua yang dilakukan selepas kali pertama pada Okt tahun lepas. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.
Topic Berkaitan
#Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK)
#RON95
#seludup minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan