awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Zara Qairina gesa pempengaruh jangan ugut saksi, fokus pada keadilan

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
18/08/2025
03:15 MYT
Peguam Zara Qairina gesa pempengaruh jangan ugut saksi, fokus pada keadilan
Hamid turut menggalakkan saksi yang berasa terancam agar segera membuat laporan polis atau mendapatkan nasihat guaman daripada pasukannya. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail menggesa pempengaruh media sosial dan orang ramai agar tidak mengeluarkan kandungan yang boleh menakutkan saksi-saksi kes, terutama dalam usaha membawa keadilan ke muka pengadilan.
Beliau mendedahkan, terdapat individu yang bertemu dengannya dan meluahkan rasa gusar selepas didakwa menerima ugutan daripada segelintir pempengaruh TikTok yang menuduh mereka menyebarkan cerita palsu.
“Saya telah berjumpa dengan individu yang takut kerana ada TikTokers ugut kononnya mereka reka cerita. Saya harap saksi jangan takut,” katanya kepada media selepas sesi penyerahan sebutan inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Hamid turut menggalakkan saksi yang berasa terancam agar segera membuat laporan polis atau mendapatkan nasihat guaman daripada pasukannya.
“Kepada para pempengaruh dan influencers, tolong jangan takutkan saksi. Kita sedang mohon keadilan, bukan memfitnah atau menggugut orang,” tegasnya.
Inkues kematian Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu akan berlangsung dari 3 hingga 30 September bagi menentukan punca sebenar kematian dan sebarang unsur jenayah.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#saksi
#ugutan
#pempengaruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan