awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat kesihatan Tawau kesan kontak rapat mangsa kemalangan maut positif COVID-19

Bernama
Bernama
16/09/2020
11:49 MYT
Pejabat kesihatan Tawau kesan kontak rapat mangsa kemalangan maut positif COVID-19
Navindran berkata wanita berusia 75 tahun itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kawasan perumahannya.
Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau sedang mengenal pasti semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa kemalangan maut di Jalan Chong Thien Vun, di sini pada Sabtu, selepas wanita itu disahkan positif COVID-19.
Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata wanita berusia 75 tahun itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kawasan perumahannya.
"Ketika ini, kami sedang mengesan semua kontak rapat mangsa bagi melakukan ujian saringan COVID-19, termasuk pegawai dan anggota polis yang mengendalikan kes, keluarga serta orang perseorangan yang membantu mengangkat mayat mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan wanita itu maut dirempuh sebuah kereta di jalan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli makanan untuk sarapan pagi di premis makanan berhampiran.
Difahamkan wanita itu disahkan positif COVID-19 hari ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#keluarga
#kemalangan
#kereta
#kesihatan
#koronavirus
#mangsa
#maut
#mayat
#Media
#polis
#Tawau
#ujian saringan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan