awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja boleh memilih kekalkan kadar caruman KWSP pada 11 peratus

Bernama
Bernama
29/01/2016
00:47 MYT
Pekerja boleh memilih kekalkan kadar caruman KWSP pada 11 peratus
Pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas2 016 di laman sesawang www.kwsp.gov.my mulai 2 Feb, 2016. - Gambar Fail
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun.
Menurut kenyataan KWSP pada Khamis, pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas2 016 di laman sesawang www.kwsp.gov.my mulai 2 Feb, 2016 dan ia perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada pejabat KWSP berhampiran.
Semasa membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja kepada lapan peratus daripada 11 peratus untuk pekerja di bawah 60 tahun.
Sementara itu, caruman syer pekerja berumur 60 tahun ke atas pula dikurangkan kepada empat peratus daripada 5.5 peratus.
Penurunan kadar tersebut akan bermula pada gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017.
Jadual baharu Kadar Caruman Bulanan boleh dimuat turun mulai16 Feb, 2016.
Menurut KWSP, tiada perubahan pada kadar caruman berkanun syer majikan.
Topic Berkaitan
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Najib Razak
#pengubahsuaian Bajet 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan