awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai emas hilang ketika riadah ditemukan lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2023
13:45 MYT
Pekerja kedai emas hilang ketika riadah ditemukan lemas
Seorang pekerja kedai emas ditemukan lemas selepas hilang ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu, pada Jumaat. - Sinar Harian
LANGKAWI: Seorang pekerja kedai emas ditemukan lemas selepas hilang ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Mohd Khairie Shaari, 32, berjaya ditemui lebih kurang 250 meter (m) dari lokasi mangsa dikatakan lemas pada jam 6.55 petang.
"Pengecaman mayat lelaki terbabit dibuat oleh ibu mangsa dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk tujuan bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau berkata, operasi melibatkan seramai 46 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) ditamatkan pada jam 7.05 petang.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pekerja kedai emas yang dikhuatiri lemas sempat meminta pertolongan sebelum dilaporkan hilang ketika riadah di Pantai Tanjung Rhu di sini pada Jumaat.
Difahamkan, orang awam ternampak kelibat orang terkapai-kapai meminta tolong di tengah laut berhampiran hujung pantai itu.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lemas
#pekerja kedai emas
#hilang
#pantai tanjung rhu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan