awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja penyelenggaraan rogol tuan rumah diberkas ketika cuba larikan diri di KLIA

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2023
09:55 MYT
Pekerja penyelenggaraan rogol tuan rumah diberkas ketika cuba larikan diri di KLIA
Suspek berusia lingkungan 20-an telah datang ke rumah mangsa bagi melakukan kerja penyelenggaraan sebelum bertindak merogolnya dan terus melarikan diri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki meloloskan diri ke negara asal selepas merogol seorang wanita tempatan di ibu negara memakan diri apabila diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, kejadian rogol itu berlaku pada 31 Mei di kediaman mangsa di Kuala Lumpur.
Menurutnya, suspek berusia lingkungan 20-an telah datang ke rumah mangsa bagi melakukan kerja penyelenggaraan sebelum bertindak merogolnya dan terus melarikan diri.
"Mangsa berusia 24 tahun yang sempat merakam wajah suspek menggunakan telefon bimbit terus menghubungi ibu saudara bagi memaklumkan kejadian sebelum satu laporan polis turut dibuat pada hari sama.
"Hasil daripada maklumat tersebut, pasukan operasi JSJ telah berjaya mengesan suspek yang dalam perancangan melarikan diri untuk balik ke negara asal dengan menaiki kapal terbang," katanya di Facebook rasmi JSJ pada Ahad.
Tambah kenyataan itu, suspek yang berasal dari negara Asia Selatan akhirnya berjaya diberkas di pintu pelepasan KLIA pada Jumaat.
Ujarnya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.
"Suspek direman tujuh hari sehingga 9 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perogol
#pekerja penyelenggaraan
#melarikan diri
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan