awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar dihanyutkan arus ketika mandi-manda di Pantai Batu Buruk

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2026
10:39 MYT
Pelajar dihanyutkan arus ketika mandi-manda di Pantai Batu Buruk
Pasukan penyelamat berusaha mengesan mangsa yang hilang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. -Foto Sinar Harian
Seorang pelajar warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda bersama rakannya di Pantai Batu Buruk, di sini, pada Isnin.
Mangsa, Sithu Moe Lwin, 18, yang merupakan pelajar Foundation in Business di Kolej INTI International University, Cawangan Nilai, Negeri Sembilan dikatakan datang ke Terengganu untuk bercuti bersama tiga rakannya sebelum hilang kira-kira jam 12.16 tengah hari.
Pegawai Pengurusan Operasi dan Balai, Bahagian Operasi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Terengganu, Baharum Muhamad Hasim berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan dan mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kuala Berang.
"Setakat ini mangsa masih belum dapat dikesan manakala tiga lagi rakannya selamat.
"Salah seorang mangsa yang cedera telah diberi bantuan pernafasan oksigen oleh pasukan EMRS," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, lapan anggota PPDA turut dikerahkan untuk membantu operasi pencarian, namun operasi di air terpaksa dihentikan dahulu kerana ombak besar.
Jelas beliau, seramai 43 anggota terlibat dalam operasi termasuk agensi luar di mana jarak pencarian dilakukan sejauh kira-kira dua kilometer sepanjang pesisir pantai.
Katanya, kawasan pencarian dibahagikan kepada beberapa sektor bagi memastikan kesemuanya dapat diperiksa bagi mengesan mangsa.
"Kerja selaman tidak dapat dijalankan kerana ombak terlalu besar, jadi rondaan di pesisir pantai serta tinjauan menggunakan dron dijalankan bagi mengesan mangsa," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar warga Myanmar
#dihanyutkan arus deras
#Pantai Batu Buruk
#Sithu Moe Lwin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan