awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditahan kerana komen ugutan terhadap Ketua Menteri

Bernama
Bernama
19/11/2017
21:17 MYT
Pelajar ditahan kerana komen ugutan terhadap Ketua Menteri
Polis telah menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar). -Gambar fail
Polis telah menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang Ahad setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.
"Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.
"Remaja itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya," katanya dalam kenyataan di sini.
Dev berkata setakat ini polis telah menerima tujuh laporan mengenai komen berunsur ugutan itu.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Dev Kumar
#Facebook
#komen
#polis
#suspek
#ugutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan