awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut motosikal terbabas ke dalam tali air

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/11/2019
21:10 MYT
Pelajar maut motosikal terbabas ke dalam tali air
Jenazah mangsa Shahrul Izani Zaroni, 15, ditemukan penduduk kampung sekitar jam 6 petang Jumaat.
Seorang pelajar tingkatan 3 maut selepas motosikal ditunggangi terbabas dan jatuh ke dalam tali air di Kampung Perigi, dekat sini, semalam.
Jenazah mangsa Shahrul Izani Zaroni, 15, ditemukan penduduk kampung sekitar jam 6 petang Jumaat.
Menurut rakannya, Muhammad Hakimi Zainuddin, 15, mangsa mengalami penyakit sawan dan pernah diserang penyakit itu ketika di sekolah.
Sebaik mengetahui berita kemalangan yang menimpa rakan baiknya itu pada jam 6.30 petang, dia bergegas ke tempat kejadian.
Muhammad Hakimi berkata kali terakhir dia bertemu rakannya adalah pada Khamis sebelum sekolah berakhir.
Katanya, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang di sini seorang yang baik dan disenangi guru dan pelajar lain.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk tindakan lanjut sebelum dituntut keluarganya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan menolak sebarang unsur jenayah.
Menurut Shahnaz, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terbabas sendiri di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Kampung Perigi
#Muhammad Hakimi Zainuddin
#sawan
#Shahrul Izani Zaroni
#terbabas dalam tali air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan