awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar universiti HK dakwa dibuang selepas tuntut siasatan kebakaran Wang Fuk Court

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/02/2026
08:25 MYT
Pelajar universiti HK dakwa dibuang selepas tuntut siasatan kebakaran Wang Fuk Court
Kebakaran bangunan pangsapuri Wang Fuk Court yang meragut 168 nyawa pada Nov 2025. -Foto fail/Reuters
Seorang pelajar Chinese University of Hong Kong (CUHK) mendakwa telah dibuang daripada universiti selepas menggesa kerajaan bertanggungjawab terhadap kebakaran dahsyat di pangsapuri Wang Fuk Court yang meragut 168 nyawa pada Nov 2025.
Miles Kwan, 24, sebelum ini ditahan polis selama dua malam atas tuduhan niat menghasut selepas mengedar risalah menuntut siasatan bebas ke atas tragedi itu.
Menurut Kwan, pihak universiti menjalankan semakan disiplin sebelum merujuk kesnya kepada jawatankuasa disiplin pelajar, yang kemudian memutuskan untuk menamatkan pengajian beliau atas alasan beberapa salah laku disiplin.
Dalam surat yang dilihat AFP, Kwan menerima tiga demerit kerana mengkritik panel disiplin sebagai “kangaroo panel” dan “memalukan”, selain satu kes lama berkaitan tuduhan “kerosakan jenayah” setelah menampal pelekat peringatan Tiananmen pada 2022.
CUHK dalam kenyataan ringkas memaklumkan bahawa mereka tidak mengulas kes individu, tetapi mengesahkan bahawa tiga demerit boleh membawa kepada penamatan pengajian seseorang pelajar.
Kwan berkata beliau sudah melengkapkan semua keperluan akademik dan dijadualkan bergraduasi pada Mac, namun mendakwa universiti menggunakan sijil kelulusan sebagai alat menekan bekas pelajar.
Beliau juga antara individu yang terlibat dalam petisyen menuntut akauntabiliti kerajaan, siasatan bebas kemungkinan salah laku dan rasuah, penempatan semula adil untuk mangsa, serta penambahbaikan pemantauan pembinaan.
Susulan tragedi itu, pihak berkuasa Hong Kong telah menubuhkan jawatankuasa bebas dipengerusikan seorang hakim untuk menyiasat punca kebakaran serta aspek keselamatan berkaitan.
Topic Berkaitan
#CUHK
#Hong Kong
#Miles Kwan
#Kebakaran pangsapuri
#Wang Fuk Court
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan