awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancaran Bulan Kebangsaan: Bulatan Azlan Shah Ipoh sedia nanti 10,000 pengunjung

Bernama
Bernama
15/07/2023
23:31 MYT
Pelancaran Bulan Kebangsaan: Bulatan Azlan Shah Ipoh sedia nanti 10,000 pengunjung
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 akan disempurnakan di Bulatan Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto Facebook Bulatan Sultan Azlan Shah
IPOH: Selepas diadakan di Putrajaya tahun lepas, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dengan tema "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" akan disempurnakan di sini hari ini, menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.
Menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, lokasi ini bakal menjadi saksi semangat kebangsaan disemarakkan melalui program tahunan ini.
Majlis pelancaran hari ini akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan pada 10 pagi.
Terdahulu, sebelum itu akan diadakan program 6,600 Langkah Perpaduan yang dijadual bermula 6.30 pagi yang bakal dilepaskan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fadilah juga dijadual akan melepaskan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 disertai kenderaan Jabatan Penerangan (JaPen) dan agensi kerajaan bersama motosikal berkuasa tinggi dan komuniti setempat yang bakal menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.
Sempena pelancaran itu, turut diadakan Karnival Kita MADANI dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu Jualan Rahmah, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan, persembahan artis dan pelbagai lagi.
Polis Diraja Malaysia pula akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus bermula dari 8.30 pagi hingga 3 petang ini.
Semalam di venue sama, sempena karnival itu Jualan Rahmah telah bermula dari 2.30 petang sehingga 10 malam, reruai pempamer yang menawarkan jualan produk usahawan, pameran serta kaunter perkhidmatan agensi kerajaan persekutuan dan negeri.
Malam tadi, berlangsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam dengan tajuk "Legasi Merdeka" pada pukul 9 malam yang akan turut dihadiri Fahmi.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bulan Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#Bulatan Sultan Azlan Shah
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan