awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancaran Hikayat Misa Melayu refleksi ketokohan Sultan Perak

Bernama
Bernama
04/05/2015
05:43 MYT
Pelancaran Hikayat Misa Melayu refleksi ketokohan Sultan Perak
AHMAD SHABERY: Pelancaran Hikayat Misa Melayu satu bentuk refleksi terhadap kecenderungan serta ketokohan baginda dalam dunia akademik dan keilmuan. - Foto Bernama
Pelancaran Hikayat Misa Melayu oleh Sultan Nazrin Shah bersempena istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV disifatkan sebagai satu bentuk refleksi terhadap kecenderungan serta ketokohan baginda dalam dunia akademik dan keilmuan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia adalah sejajar dengan kajian ahli sejarah bahawa hikayat itu telah mendokumentasi zaman emas Kesultanan Perak Darul Ridzuan.
"Mudah-mudahan dengan pelancaran Hikayat Misa Melayu ini akan dapat menarik minat yang lebih luas dalam kalangan generasi muda Melayu untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah jati diri mereka, jika selama ini mereka tercari-cari di sela-sela buku sejarah yang ditulis penulis barat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu bersempena pertabalan Sultan Perak XXXV di Dewan Bandaran Ipoh di sini, hari ini.
Ahmad Shabery berkata buku itu mengungkap keagungan masa silam untuk melakar keagungan baharu masa hadapan.
Nazrin, Misa
Nazrin, Misa
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim melayan kerenah anakanda baginda Raja Kecil Besar Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya ketika mengunjungi Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu hari ini - Foto Bernama
Mengulas pameran anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan itu, Ahmad Shabery berkata objektif pameran berkenaan adalah bagi memastikan sejarah upacara penuh istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV dapat disaksikan, dihayati dan dijadikan kebanggaan segenap lapisan rakyat jelata.
"Patik sekalian sangat berbesar hati mengadakan pameran diraja ini yang bersifat interaktif dan berkonsep komunikasi visual dengan harapan ia menjadi sumbangan besar terhadap usaha berterusan mendokumentasikan sejarah kesultanan Melayu yang membentuk teras jati diri Malaysia," katanya.
Beliau berharap usaha itu dapat mempertingkat dan memperkukuh kesedaran serta semangat cintakan Raja dan Sultan dalam jiwa masyarakat selari dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'.
Pameran koleksi gambar
Pameran itu, yang bermula hari ini dan berakhir 4 Jun depan, dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 7 malam setiap hari, turut menawarkan aktiviti menarik seperti kuiz digital kenegaraan, pertandingan mewarna, mini teater, persembahan pentarama dan fotografi di 'Permaidani Merah'.
Terdapat 14 segmen pameran diketengah pada pameran itu, antaranya Mewarisi Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta Takhta Disandang Rakyat Disayang.
Topic Berkaitan
#Hikayat Misa Melayu
#Sultan Nazrin Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan