awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Shafie sebagai Ketua Menteri disambut baik masyarakat Sabah

Bernama
Bernama
12/05/2018
20:47 MYT
Pelantikan Shafie sebagai Ketua Menteri disambut baik masyarakat Sabah
Mohd Shafie ketika mengadakan sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri Sabah malam tadi. Turut sama isteri beliau Datin Seri Shuryani Shuaib (duduk dua, kanan). --fotoBERNAMA
Pelantikan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah berkuat kuasa pada Sabtu mendapat reaksi positif masyarakat setempat.
Mohd Azlan Abidin, 26, berkata perkara itu merupakan perkembangan positif untuk politik di Sabah sekali gus membolehkan rakyat dipimpin oleh ketua yang diyakini dapat membangun Sabah serta penduduknya.
"Warisan menjamin proses pembangunan dan kemajuan kawasan bandar dan luar bandar Sabah, dan diyakini kerajaan baru di bawah Shafie lebih fokus kepada suara rakyat yang akan terus dipanjangkan kepada kerajaan pusat," katanya kepada Bernama.
Beliau turut yakin Mohd Shafie dapat menggalas tanggungjawab selaku Ketua Menteri Sabah dengan baik dan mendahulukan rakyat dalam segala perkara.
Senada mengenai perkara itu, Suzalina Kahar, 35, berkata pengalaman, kredibiliti serta komitmen dimiliki Mohd Shafie adalah kelebihan baginya memimpin negeri ini dengan baik dan teratur.
"Tahniah Datuk Seri (Mohd Shafie), semoga dapat membimbing Sabah ke hadapan sebagai negeri pelbagai budaya, bersatu dan sederhana," katanya.
Sementara itu, Alen Chen, 31, menzahirkan kegembiraan mengenai pelantikan Mohd Shafie dan berkata harapan agar beliau dapat melaksanakan kerja dengan baik serta berdedikasi.
"Beliau dipilih rakyat dan memegang peranan penting untuk mensejahterakan rakyat Sabah, justeru jangan mengecewakan kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Sabah
#Masyarakat
#rakyat
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan