awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai pihak tampil bantu cari Nor Azimah - Bapa mangsa

Bernama
Bernama
05/01/2016
14:15 MYT
Pelbagai pihak tampil bantu cari Nor Azimah - Bapa mangsa
Mangsa bersama bapa dan ibunya Zamhani Zakaria, 52, berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas, dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Dis. - Gambar hiasan
Pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan menjejaki rakyat Malaysia, Nor Azimah Ibrahim yang dilaporkan hilang di Madinah, pada 19 Dis lepas.
Bapa mangsa Ibrahim Abdul Rahman, 54, yang masih berada di Madinah memberitahu Bernama antara pihak tampil membantu adalah pelajar, pengiring (mutawif) Malaysia serta guru-guru agama yang mengajar di Masjid an-Nabawi.
"Saya berdoa kepada Allah semoga urusan pencarian anak saya (Nor Azimah) dipermudah dan berharap dia ditemui selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ibrahim berkata beliau dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat kerana mempunyai urusan keluarga, dan kembali ke Arab Saudi sekiranya Nor Azimah ditemui.
Mangsa bersama bapa dan ibunya Zamhani Zakaria, 52, berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas, dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Dis.
Pada hari kejadian, mangsa yang berasal dari Selangor dan merupakan seorang ibu tunggal, berada dalam keadaan tidak sihat serta tidak mengikuti ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilaporkan hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman
#bantuan
#hilang
#Madinah
#Nor Azimah Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan