awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta

Bernama
Bernama
09/02/2026
09:15 MYT
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
Mohamad Al-Farouq Mat Isa didakwa bersama-sama tiga individu yang telah dituduh, merompak suri rumah Chen Kexue di sebuah vila di Bukit Damansara Julai 2025. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pelombong emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita warga China membabitkan kerugian lebih RM2.1 juta, tahun lepas.
Mohamad Al-Farouq Mat Isa, 41, didakwa bersama-sama tiga individu yang telah dituduh, merompak suri rumah Chen Kexue, 31, di sebuah vila di Bukit Damansara di sini pada 10.10 malam, 21 Julai 2025.
Ia membabitkan seutas jam tangan berjenama bernilai RM1.2 juta, tiga jongkong emas seberat 300 gram, wang tunai berjumlah RM100,000 dan lima telefon bimbit pelbagai jenama dengan anggaran kerugian keseluruhan RM2,146,000.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Subri Hashim tidak menawarkan jaminan, namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan, pihaknya memohon tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam Bazlinda Bahrin merayu jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga dan mempunyai sembilan anak yang masih bersekolah.
"Anak guam saya telah memberi kerjasama baik kepada pihak polis dan tiada risiko untuk dia melarikan diri," kata peguam itu.
Hakim Suhaila Haron membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan kes.
Tahun lepas, Mohd Syaqir Mohd Ami, 30, Nur Mohamed Mahsar Mohamed Nor, 34, dan Syed Ali Imran Alqudri Syed Zulkefeli @ Syed Zulalqudri, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan sama.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#pelombong emas
#rompak wanita
#warga china
#Bukit Damansara
#Mohamad Al-Farouq Mat Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan