awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang pulih martabat bola sepak negara - Mohammed Taufiq

Bernama
Bernama
02/04/2026
10:56 MYT
Peluang pulih martabat bola sepak negara - Mohammed Taufiq
Mohammed Taufiq berkata, reformasi besar-besaran akan dilaksanakan di peringkat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan kedudukan skuad Harimau Malaya dapat dipulihkan. - Gambar fail/Bernama
Penurunan ranking pasukan bola sepak negara ke tangga ke-138 dunia seharusnya dilihat sebagai titik tolak kepada reformasi menyeluruh demi mengangkat semula martabat bola sepak tanah air, kata Menteri Belia dan Sukan Mohammed Taufiq Johari.
Beliau berkata reformasi besar-besaran akan dilaksanakan di peringkat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan kedudukan skuad Harimau Malaya dapat dipulihkan.
Menurut beliau, kemerosotan kedudukan ranking itu juga berkait dengan beberapa isu dan kontroversi di peringkat persatuan yang perlu ditangani secara segera dan berhemah.
“Kami akan laksanakan reformasi besar-besaran di peringkat persatuan itu sendiri untuk memastikan ranking kita itu boleh naik semula.
"Kami di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan sentiasa memantau FAM untuk memastikan berlaku perubahan dan reformasi supaya kita dapat melangkah lebih jauh ke hadapan," katanya ketika ditemui di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Kedudukan Malaysia menjunam daripada tangga ke-121 ke tangga ke-138 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Beliau menegaskan situasi itu tidak boleh dilihat sebagai kegagalan semata-mata, sebaliknya perlu disusuli dengan pelan pemulihan yang jelas, termasuk memperkukuh pembangunan akar umbi.
"Kita perlu ada exit plan dan fokus utama sekarang adalah memastikan kita mencungkil lebih banyak bakat di peringkat akar umbi,” katanya.
Mengulas kegagalan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 pula, Mohammed Taufiq berkata situasi itu perlu dijadikan iktibar.
“Kita melihat ini sebagai sesuatu perkara yang bukan sahaja perlu diambil iktibar tetapi juga memerlukan langkah-langkah yang sepatutnya untuk keluar daripada situasi tersebut,” katanya.
Harapan Malaysia untuk beraksi pada pusingan akhir Piala Asia berdasarkan merit buat kali kedua berturut-turut musnah pada saat akhir selepas dikenakan pemotongan mata oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Baru-baru ini, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC mendapati FAM melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal dan Vietnam, tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan
#bola sepak
#harimau Malaya
#ranking
#Mohammed Taufiq Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan