awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Akademi Oxford United meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan

Bernama
Bernama
09/03/2026
01:37 MYT
Pemain Akademi Oxford United meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan
- Foto Astro ARENA
DUNIA bola sepak England diselubungi kesedihan selepas seorang pemain akademi wanita Oxford United, Amelia Aplin, meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan hujung minggu lalu.
Insiden perubatan serius itu berlaku pada Sabtu semasa aksi akademi perempuan menentang Fulham yang berlangsung di pusat latihan Horspath Training Ground di Oxford.
Kelab itu mengesahkan berita sedih tersebut pada Ahad menerusi satu kenyataan rasmi.
“Fikiran dan ucapan takziah ikhlas daripada seluruh warga Oxford United bersama keluarga Amelia, rakan-rakan, rakan sepasukan dan jurulatihnya,” menurut kenyataan kelab.
Pihak kelab turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan dan petugas kecemasan yang bertindak pantas membantu pemain tersebut di lokasi kejadian.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada kakitangan perubatan Oxford United dan Fulham, serta perkhidmatan kecemasan yang terlibat,” tambah kenyataan itu.
Kelab juga memaklumkan bahawa mereka akan menyediakan sokongan kepada keluarga Amelia, serta pemain, jurulatih dan kakitangan yang terkesan dengan tragedi tersebut.
Badan induk bola sepak England, The Football Association (FA), turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pemain muda itu.
“Kami amat sedih dengan pemergian tragis Amelia. Takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh warga Oxford United Women pada waktu yang amat sukar ini,” kata jurucakap FA.
Susulan tragedi tersebut, perlawanan liga pasukan wanita utama Oxford menentang Real Bedford telah ditangguhkan.
Liga turut menyatakan bahawa mereka 'amat sedih' dengan berita pemergian itu dan akan terus memberikan sokongan kepada kelab berkenaan.
Selain Fulham, beberapa kelab bola sepak lain turut menzahirkan ucapan takziah, termasuk Manchester United yang menyampaikan mesej sokongan kepada keluarga mangsa dan komuniti Oxford United.
Tragedi ini sekali lagi mengingatkan dunia bola sepak tentang betapa pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan pemain, terutama dalam kalangan atlet muda yang sedang membina masa depan mereka dalam sukan tersebut.
Topic Berkaitan
#Oxford United
#Amelia Aplin
#meninggal dunia
#rebah ketika perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan