awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemalsuan cap sempadan: 44 individu termasuk 27 pegawai Imigresen direman - SPRM

Fareez Azman
Fareez Azman
17/11/2020
05:44 MYT
Pemalsuan cap sempadan: 44 individu termasuk 27 pegawai Imigresen direman - SPRM
Kesemua tertuduh direman bermula hari ini di bawah Seksyen 17 A, Seksyen 17 B dan Seksyen 16 a (A) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA:14 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan 9 orang awam direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan cap sempadan.
Dua orang awam terbabit dikenakan reman masing-masing tiga dan empat hari.
Manakala lapan pegawai JIM dan seorang lagi orang awam dikenakan perintah reman selama lima hari.
Selain mereka tiga lagi orang awam serta enam lagi pegawai JIM turut direman selama tujuh hari.
Kesemua tertuduh direman bermula hari ini di bawah Seksyen 17 A, Seksyen 17 B dan Seksyen 16 a (A) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Roslizawati Mohd Zain.
Di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pula, seramai sembilan penguatkuasa dan empat orang awam dipercayai direman selama tujuh hari di bawah Akta yang sama.
Manakala dua individu masing-masing direman selama lima dan tujuh hari di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan Mahkamah Majistret Kuching dibawah Akta yang sama.
Kesemua tertuduh ditahan SPRM dalam OPS SELAT yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Putrajaya
#Mahkamah Majistret
#OPS SELAT
#sindiket pemalsuan cop sempadan
#JIM
#mahkamah
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan