awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing ditemukan lemas selepas dihanyut arus deras

Bernama
Bernama
16/09/2021
22:15 MYT
Pemancing ditemukan lemas selepas dihanyut arus deras
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dihanyut arus deras ketika memancing bersama dua rakannya di sungai di Kampung Kesom Che Nordin, Manir. -Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dihanyut arus deras ketika memancing bersama dua rakannya di sungai di Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, Mohd Amir Rosli Mohd Razali, 25, dikatakan cuba menyeberangi sungai untuk membetulkan umpan yang tersangkut pada kayu sebelum dihanyutkan arus.
Rakan mangsa, Syukri Abd Aziz, 23, dikatakan berusaha menyelamatkan Mohd Amir Rosli dengan menghulurkan joran dan dahan kayu namun Mohd Amir Rosli gagal berpaut pada joran dan dahan kayu tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 11 pagi.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat Mohd Amir Rosli mengambil masa lebih dua jam sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan tertiarap di dasar sungai pada kira-kira 1.15 tengah hari.
"Mayat Mohd Amir Rosli diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan selanjutnya," katanya yang dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dihanyut arus deras
#lelaki lemas ketika memancing
#Kampung Kesom Che Nordin
#Mohd Amir Rosli Mohd Razali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan