awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna

Bernama
Bernama
21/08/2022
14:55 MYT
Pemancing hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna
Pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa. - Gambar hiasan
SEMPORNA: Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata mangsa Azman Tugau dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 3 petang tadi.
Katanya, berdasarkan maklumat awal diperolehi mangsa berusia 34 tahun memancing di pinggir sungai bersama sepupunya tanpa menggunakan bot.
"Tiba-tiba mangsa dibaham buaya dan sepupu beliau berjaya melarikan diri, kemudian melaporkan kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 8.35 malam ini, dan akan disambung semula pada pukul 7 pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemancing hilang
#dibaham buaya
#Semporna
#Sungai Pegagau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan