awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing maut, rakan cedera dalam insiden bot karam di Sungai Baram

Bernama
Bernama
05/03/2025
15:59 MYT
Pemancing maut, rakan cedera dalam insiden bot karam di Sungai Baram
Mangsa, Vincent Patrick, 58, dari Pujut Corner di sini, meninggal dunia dipercayai kerana kecederaan serius di kepala akibat terkena kipas enjin sangkut bot berkenaan. - Gambar hiasan
MIRI: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila bot angin yang mereka naiki karam ketika dalam perjalanan untuk memancing di Sungai Batang Baram di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa, Vincent Patrick, 58, dari Pujut Corner di sini, meninggal dunia dipercayai kerana kecederaan serius di kepala akibat terkena kipas enjin sangkut bot berkenaan.
"Rakannya, Jeansher Bunsu, 27, dari Bandar Baru Permyjaya di sini, cedera di kepala dan tangan kiri sempat diselamatkan penduduk dari Rumah Mekar, sebuah rumah panjang berdekatan lokasi kejadian yang dilaporkan berlaku pada 11.22 pagi.
"Kedua-dua mangsa dibawa ke jeti Rumah Mekar dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang tiba kemudian mengesahkan kematian Vincent sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata mangsa yang cedera pula telah dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan ke hulu sungai untuk memancing sebelum bot angin yang mereka naiki tiba-tiba gagal dikawal menyebabkan ia karam dan mangsa tercampak ke dalam sungai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#JBPM
#pusat gerakan operasi
#hulu sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan