awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta rempuh motosikal selepas bertengkar dengan isteri ditahan

Bernama
Bernama
30/11/2023
15:33 MYT
Pemandu kereta rempuh motosikal selepas bertengkar dengan isteri ditahan
Kejadian tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego dipercayai berlaku selepas pemandu kereta itu bertengkar dengan isterinya. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kejadian tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego dipercayai berlaku selepas pemandu kereta itu bertengkar dengan isterinya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad berkata susulan kejadian itu, lelaki terbabit yang melarikan diri selepas kejadian telah berjaya ditahan pada 7.45 malam tadi di Jalan Bidara, Selayang.
"Hasil siasatan mendapati kejadian dalam video berdurasi 18 saat itu dipercayai berlaku pada 3.30 petang semalam (29 Nov) di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, Rawang. Kejadian berlaku semasa pemandu kereta hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
"Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang pemandu berkenaan, namun telah dirempuh. Mangsa cedera ringan pada bahagian siku dan kaki," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan manakala orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP I.Agilan menerusi talian 019-5230 801 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-6126 2222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta rempuh motosikal
#bertengkar dengan isteri
#tular media sosial
#Jalan Bidara Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan