awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman

Bernama
Bernama
25/10/2024
04:00 MYT
Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira pukul 7.10 pagi semalam. - Gambar hiasan
PORT DICKSON: Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang murid Tahun Lima yang sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, di sini semalam.
Ketua Polis Port Dickson Supt. Maslan Udin berkata kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira pukul 7.10 pagi.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berumur 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, semasa pelajar sekolah itu melintas jalan ke sekolah, pemandu kereta gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar pelajar berkenaan. Akibat kemalangan tersebut, pelajar itu mengalami kecederaan patah pada ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata polis telah menahan pemandu berkenaan, dan ujian saringan alkohol menunjukkan bacaan alkohol sebanyak 203mg alkohol/100ml darah, yang melebihi had 153mg alkohol/100ml darah.
Maslan berkata pemandu berkenaan direman selama tiga hari bermula semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 44 (14) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#kemalangan jalan raya
#langgar pelajar
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan