Pemandu mabuk, postif dadah sebabkan kematian penunggang motosikal tiba di mahkamah

Tertuduh menundukkan muka ketika diiringi beberapa anggota polis sebaik tiba di Mahkamah Majistret Klang sekitar jam 8.50 pagi, pada Rabu . - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
emandu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal tiba di Mahkamah Majistret Klang sekitar jam 8.50 pagi, pada Rabu untuk menghadapi pertuduhan.
Tertuduh yang mengenakan baju-T berkolar berwarna putih sambil tangan bergari dilihat menundukkan muka ketika diiringi beberapa anggota polis.
Sebelum ini, tertuduh berusia 20-an direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pada Ahad, tertuduh yang membawa kereta Honda City menghala ke Bandar Klang difahamkan memandu dalam keadaan laju dan memotong beberapa kenderaan.
Seterusnya kenderaan dipandu suspek memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal.
Perlanggaran itu menyebabkan mangsa melambung dan tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang bertugas di sebuah gudang dan juga bekerja sebagai penghantar barang meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan tertuduh berada di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah ketika nahas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

