awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan

Bernama
Bernama
06/02/2026
09:30 MYT
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Lori simen itu dipercayai hilang keseimbangan semasa menjalankan kerja pembinaan sebelum terjatuh dan terbalik. - Gambar/ JBPM
GEORGE TOWN: Seorang pemandu lori simen warga Indonesia maut selepas tersepit apabila kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam kawasan tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.29 pagi.
"Lori simen itu dipercayai hilang keseimbangan semasa menjalankan kerja pembinaan sebelum terjatuh ke dalam kawasan tapak berkenaan.
"Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas dan dibantu sebuah kren di lokasi," katanya dalam kenyataan.
John Sagun berkata mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.55 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata operasi melibatkan 13 anggota dengan tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan di tapak pembinaan
#pemandu lori maut
#lori jatuh lubang
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan