awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Myvi cetus provokasi ditahan semula berhubung kes curi kenderaan

Bernama
Bernama
13/05/2022
14:47 MYT
Pemandu Myvi cetus provokasi ditahan semula berhubung kes curi kenderaan
Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang dan Johor. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan kerana melakukan provokasi serta menghalang pemandu lain di jalan raya Isnin lepas ditahan semula berhubung kes mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang dan Johor.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan semalam pada 4.05 petang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul.
"Penangkapan pemandu kereta Perodua Myvi itu berjaya menyelesaikan kes kecurian kenderaan yang dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Susulan penangkapan itu, polis telah merampas satu kunci kereta berlambang Perodua bersama alat kawalan jauh, sebuah kereta Perodua Myvi putih bernombor pendaftaran PGT124 yang disahkan palsu dan sebilah rotan berukuran 90 sentimeter.
Polis turut merampas dua rangkai kunci motosikal berlambang Yamaha dan tiga motosikal dengan nombor pendaftaran palsu iaitu Yamaha Ego Avantiz (JFV124), Yamaha Nouvo LC (MALAYSIA124) dan KTM 790 Adventure (QQ124) serta serangkai kunci berlambang KTM.
BACA: Pemandu Myvi ditahan disyaki cetus provokasi, halang pemandu lain
Beh berkata lelaki itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad untuk siasatan lanjut.
"Semakan rekod mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah," katanya.
Isnin lepas, pemandu terbabit ditahan selepas tular di media sosial apabila video berdurasi 27 saat dimuat naik melalui laman Facebook 'Inforoadblock' memaparkan kejadian memandu secara berbahaya dan ugutan menggunakan sebatang kayu di Jalan MRR2 berhampiran Taman Layang-Layang di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu Myvi
#ditahan
#curi kenderaan
#cetus provokasi
#Polis Daerah Sentul
#mrr2
#Taman Layang-Layang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan