awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang

Bernama
Bernama
18/04/2024
12:45 MYT
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain. - Gambar hiasan
JASIN: Seorang pemandu teksi dicekik dan dipukul sehingga tidak sedarkan diri, selepas disamun sekumpulan empat individu termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai penumpang di sebuah kebun kelapa sawit, di Jalan Parit Keliling di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank selain wang tunai RM300, telefon bimbit dan kunci rumah.
Beliau berkata mangsa yang telah bekerja sebagai pemandu teksi sejak 2010 itu, pada mulanya mengambil empat individu berkenaan di Terminal Bas Tampin di Alor Gajah kira-kira 2 petang semalam dan diminta membawa mereka ke Jasin.
"Setelah sampai di Jalan Parit Keliling menghala ke Rim, salah seorang lelaki berkenaan memintanya memberhentikan teksi yang dipandu dalam kebun kelapa sawit tersebut dan terus mencekik leher dan memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri.
"Setelah sedar, mangsa berada dalam keadaan berdarah selain lebam pada bahagian muka, mata kiri, bibir dan peha kaki kiri bengkak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
POLIS-SAMUN 2 (AKHIR) JASIN
Ahmad Jamil berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 39 tahun, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian samun melibatkan pemandu teksi tersebut.
Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada penjual tisu, pekerja am dan penganggur itu, ditahan di sebuah hotel di Bukit Baru di sini kira-kira 6.30 semalam dan teksi milik mangsa turut ditemukan berhampiran hotel tersebut.
Ahmad Jamil berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan narkotik, dan mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun
#teksi
#warga emas
#jenayah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan