awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi didenda kerana rosakkan kereta pemandu GrabCar di Mid Valley

Bernama
Bernama
01/07/2016
09:03 MYT
Pemandu teksi didenda kerana rosakkan kereta pemandu GrabCar di Mid Valley
Pada 28 Jun lepas, media melaporkan kereta milik seorang pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang beberapa pemandu teksi ketika mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley. - Gambar fail
Dua pemandu teksi masing-masing didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana merosakkan kereta pemandu GrabCar.
Majistret Adira Adnan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Khairul Izwan Alias, 40, dan Mohamad Halim Sarbi, 48, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan bencana dengan merosakkan kereta milik N. Sashi Kumar, 36.
Kedua-dua pemandu teksi itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di lobi North Port Mid Valley, pada 2 pagi, 28 Jun lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh.
Bagaimanapun, mereka yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya dijatuhkan hukuman ringan berbentuk denda dengan alasan mereka penanggung tunggal keluarga dan mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Pada 28 Jun lepas, media melaporkan kereta milik seorang pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang beberapa pemandu teksi ketika mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata kejadian itu berpunca apabila pemandu GrabCar mengambil penumpang di kawasan pemandu teksi itu beroperasi.
Topic Berkaitan
#GrabCar
#hukuman penjara
#Midvalley
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan