awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang tidak akan bersetuju apa saja yang dilakukan kerajaan

Bernama
Bernama
24/10/2015
09:23 MYT
Pembangkang tidak akan bersetuju apa saja yang dilakukan kerajaan
MOHD JOHARI: bajet itu adalah cukup baik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedar golongan sasar mana yang harus diberikan keutamaan. - Gambar Fail
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata pihak pembangkang sememangnya tidak akan bersetuju dengan apa sahaja yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk Bajet 2016.
Menurut beliau, bajet itu adalah cukup baik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedar golongan sasar mana yang harus diberikan keutamaan.
"Seperti mana pada masa-masa lalu, pembangkang tidak pernah bersetuju dengan bajet yang dibentangkan kerajaan. Saya tahu mereka amat kecewa melihat bajet yang begitu baik yang diumumkan semalam," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebagai berkata, Najib didakwa tidak menyediakan pelan yang dipercayai boleh mengatasi sebarang masalah luar jangka yang timbul kesan daripada isu 1Malaysia Development Bhd.
Menurut Johari, keadaan ekonomi yang agak perlahan pada masa sekarang bukan sahaja dihadapi negara ini sahaja tetapi di negara-negara juga.
Namun demikian katanya, Malaysia dapat mengadakan satu bajet baik seperti peruntukan bagi pembinaan hospital, sekolah dan yang paling penting kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan kepada rakyat selain menekankan aspek penjagaan keselamatan negara.
Sebelum itu, Mohd Johari melawat keluarga anggota 9 Briged Infantri mendiang Koperal Victoria Rantai di Jalan Sentosa di sini.
Victoria, 38 bersama rakan setugasnya mendiang Koperal Jaman Garai, 35 terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Km 121 Jalan Sibu-Bintulu ketika dalam perjalanan untuk satu tugasan di Sungai Asap baru-baru ini.
Mohd Johari kemudiannya melawat keluarga mendiang Koperal Jaman di Taman Kenari, Kemuyang di sini sebelum makan tengah hari di Wisma Perwira 9 Briged di Kem Rascom dan kemudiannya berlepas untuk lawatan ke Miri.
Topic Berkaitan
#bajet2016
#Mohd Johari Baharum
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan