awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan negara tidak boleh bergantung pendekatan lama - PM

Bernama
Bernama
09/04/2026
10:26 MYT
Pembangunan negara tidak boleh bergantung pendekatan lama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-50 hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Perancangan pembangunan negara perlu beralih kepada model yang lebih inovatif dan dinamik tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata dalam mendepani suasana geopolitik dan ekonomi global yang semakin mencabar, Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan lama.
Beliau berkata perkara itu ditekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-50 hari ini, yang turut menyentuh perkembangan mutakhir berkaitan konflik di Asia Barat.
"Mesyuarat ini telah meneliti pelbagai aspek perancangan fizikal negara dengan penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang dan mampan, termasuk usaha memperkasa ekonomi tempatan serta memastikan penggunaan tanah yang lebih optimum dan berimpak tinggi," katanya.
Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI kekal komited untuk mengangkat kualiti hidup rakyat melalui penyediaan perumahan mampu milik berkualiti, sistem mobiliti lebih cekap serta pembangunan persekitaran bandar yang selesa dan lestari.
Beliau juga berkata pembangunan fizikal negara mestilah berteraskan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh perancangan tersusun dan pelaksanaan berkesan.
"Insya-Allah, kita akan terus memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembangunan
#pendekatan lama
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan