awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta, digilis van

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/12/2023
21:45 MYT
Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta, digilis van
Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta \dan kemudiannya digilis sebuah van yang datang dari arah bertentangan di Kilometer (KM) 5.6 Jalan Beseri-Mata Ayer, Beseri, Padang Besar, semalam.
PADANG BESAR: Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dari arah belakang dan kemudiannya digilis sebuah van yang datang dari arah bertentangan di Kilometer (KM) 5.6 Jalan Beseri-Mata Ayer, Beseri, di sini, pada petang Rabu.
Mangsa, Farhana Kreiya Salleh Rom, 29, maut ditempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Next sedang dalam perjalanan dari Jalan Guar Jentik, Beseri ke Tasik Melati.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, mengsa kemudian memberhentikan motosikalnya di simpang untuk membelok ke kanan memasuki ke Tasik Melati.
“Tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berada dari laluan sama melanggar motosikal mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa tercampak lalu memasuki ke laluan bertentangan.
“Mangsa yang berada di atas jalan kemudian digilis sebuah van jenis Ford Spectron yang datang dari arah Mata Ayer menghala ke Beseri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sarih berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pembantu kedai makan
#dirempuh kereta
#digilis van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan